Sunday, April 11, 2010

Antara Kawan dan sahabat...

Malam ni, susah sangat nak lelapkan mata...terlalu susah...maybe, pagi esok mata aku akan jadi bengkak-bengkak. Susah sangat hidup kat rantau orang ni, sesekali terfikir nak lari je dari semua masalah dan bebanan ni, tapi apalah sangat bebanan ini jika nak dibandingkan dengan kepayahan mak aku melahirkan aku, dan keperihan ayahku mencari rezeki untuk memberi aku makan dan belajar sampai ke tahap ini.

Malam ni aku rasa rindu pulak kat orang yang aku anggap sebagai " sahabat sejati", rindu sangat. Sejak dia berumah tangga, dia langsung dah berubah, tak sama dan banyak beza seperti sebelum aku kenal dengan dia. Sebelum diijabkabulkan, dia berjanji tidak akan lupakan aku walau apa pun yang berlaku, tapi...ternyata, kata-kata dia hanya palsu..dia datang bila dia susah, dan pergi bila dia senang, tanpa pernah memikirkan pasal hidup dan perasaan aku. Macam mana agaknya dia sekarang?Semoga dia bahagia.

Mula-mula berjanji, tapi tiba-tiba mungkiri janji...aku benci manusia macam tu..manis kat bibir je. Ada lagi, entahlah...benci aku...berkawan, hanya untuk kesenangan diorang je...time aku susah, semua buat bodoh...entah...aku nyampah ngan manusia macam tu. Sehingga aku terpaksa buat keputusan untuk tinggal je kat umah kakak aku, walaupun aku tahu, aku akan bermasalah nanti...tapi, macam mana kalau aku tetap duk kat kolej tu, tapi...aku terpaksa sengsara dengan "kawan" yang tak de perasaan macam tu...biarlah kalau terpaksa duk umah kakak aku pun..redha je lah...daripada aku duk tengok muka-muka dan wajah-wajah yang menyakitkan hati..buat stress aku je...

Ahh...betul-betul tension, dah lah dah nak exam...apa yang aku baca, semua tak masuk kat otak..serabut betul..hanya Tuhan je yang tau...

Ya Allah..aku redha dengan dugaan ni...aku redha..dan aku tahu, ada hikmah disebaliknya...mulai sekarang,
kawan aku..hanya laptop..sahabat aku...hanya Allah...Dia teman dan Dia sahabat yang tak pernah tinggalkan aku susah mahupun senang...
read more...

Friday, April 9, 2010

Bila malam ada hantu...

Apa yang nak ditulis, tak de kena ngena ngan tajuk di atas...saje nak uat suspen jer, huhuhu
Aku sendiri pun tak tau cerita apa yang aku nak tulis, coz aku macam tak de ilham dah...
sejak akhir-akhir ni banyak je perkara dan mustahil berlaku dalam dunia aku. Aku rasa macam apa yang berlaku macam pelik...agaknya, kiamat dah semakin-semakin hampir dah. Mungkin!

1. Kawan baik ku dah lama kawin, pastu bila aku mesej dia buat bodoh jer.
2. Kawan baik ku, meluahkan kata-kata cinta kat aku, dan aku terpaksa tolak, tapi akhirnya dia bawa diri dan tak berhubung dah dengan aku.
3. Anak saudara aku dah semakin ramai..dah nak masuk 17 orang...
4. Umur aku dah 21 tahun, tahun depan dah 22..
5. Aku tak sangka aku ni umur macam dah dewasa, tapi fikiran masih macam bebudak.
6. Ah..malas nak cerita..mungkin dalam masa terdekat ni, ada lagi kisah pelik dan berhantu akan menyelinap masuk ke dalam hidup aku...

Oh, sungguh aku konpius!
read more...

Tuesday, April 6, 2010

Entah apa-apa...apa-apa entah...

Agaknya, ayam pun tak mau gugurkan anak diorang...pelik ye ngan manusia...melahirkan anak tu sakit, senang-senang je buang anak sana-sini...tak paham aku...
Aku tak sanggup keje macam ni, kalau lah peluru tu tak kena kat sasaran, konpom kena kat dahi aku...memacam...
Aku tak pasti macam mana si jejaka ni nak landing jap agi..aku ase baik dia panggil tikar terbang ke apa..tak sayang nyawa tul...
Aku konpius ngan anjing tu, dia tu pusher gak ke?
"tolong, aku tak bersalah..aku tak bersalah...aku dianiaya...ah tolong" aku rasa itu lah yang diucap-ucap oleh kucing nih...kes naya...


read more...

Cinta Sejati...

Sejenak di bumi ini,
aku berpaling memerhati...
menyaksi indah suria pagi
Pada subuh yang hening,
berkumandang panggilan Ilahi...
Bersujud di pangkuan cahaya lurus Rabbul Izzati
Tulus, suci dari jiwa nurani...

Sejenak di bumi ini,
Aku terdiam memerhati...
menyaksi terik mentari
pada panas mentari waktu mentari dipuncak tertinggi...
termangu aku menyaksi diri..
kerdil dan kecil sekali...
insafnya diri,
melihat mentari terbenam kembali...

Silih berganti...malam dan pagi...
rendahnya diri..
di kamar ini,

sejenak di bumi ini,
cinta ilahi dijunjung tinggi...
walau bumi tidak ada apa-apa lagi...
walau hati tiada perasaan lagi...
walau maut datang silih berganti
walau kawan tidak didamping lagi
walau ibu tidak disayang lagi
walau kekasih tidak dihargai lagi

sejenak di bumi ini...
cinta Ilahi tetap sejati...
kalau mentari di barat lagi
kalau bumi kemarau lagi
kalau manusia membunuh lagi
kalau dajjal kejam lagi
kalau israfil meniup lagi
kalau masyhar tempat kembali

sejenak di bumi ini,
adalah bumi yang mati
tiada berpenghuni
tiada ditemani...

sejenak dibumi ini...
biarku sendiri
bersujud menangis mengharap cintaMu Rabbi...
read more...

PURDAH – MANIFESTASI DOUBLE STANDARD BARAT



read more...

PURDAH – MANIFESTASI DOUBLE STANDARD BARAT



[SN214] “Purdah bertentangan dengan harga diri wanita, jadi kita perlu mengharamkannya dan kerajaan akan merangka undang-undang larangan itu”. Itulah ikrar Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengakhiri sikap berdiam dirinya mengenai isu apa yang harus dilakukan terhadap niqab, burqa dan pakaian menutup muka yang lain. Sarkozy sebelum ini hanya menyatakan bahawa niqab (purdah) melambangkan penindasan ke atas wanita dan ‘tiada tempat’ di Perancis, lapor The Times. Sementara itu di Britain, ahli Parlimen, Philip Hollobone, menyifatkan wanita yang memakai burqa sama seperti mereka yang menyarungkan beg kertas di kepala yang mempunyai dua lubang untuk mata, ketika perbahasan di Parlimen [BH 27/03/10]. Bukan sahaja Perancis, beberapa negara lain turut memberi reaksi yang lebih kurang sama. Misalnya di Belanda yang merupakan negara terawal, bukan sahaja telah mengharamkan pemakaian niqab di sekolah-sekolah kerajaan, malah pengguna pengangkutan awam tidak terkecuali.

Apa yang lebih memeranjatkan kita adalah reaksi beberapa tokoh umat Islam itu sendiri mengenai perkara ini. Terdapat beberapa tokoh terkenal yang bergelar ‘ulama’, namun menyokong usaha Barat ini, yang jelas terlihat dari komen mereka yang senada dengan apa yang dikehendaki oleh kuffar Barat. Antaranya adalah seorang cendekiawan Islam di Britain, Dr Zaki Badawi yang mengeluarkan fatwa meminta wanita muslim tidak memakai hijab dan niqab sekiranya menimbulkan permusuhan di kalangan penduduk tempatan [BBC NEWS]. Pandangan yang yang sama pernah diluahkan oleh arwah Syeikh Al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi yang turut dipersetujui oleh beberapa orang ulama politik di Malaysia. Yang lebih ironinya, Syeikul Al-Azhar tersebut pernah memerintahkan seorang penuntutnya menanggalkan hijab atau niqabnya.

Dalam respons mereka yang senada dengan Barat, bermacam-macam alasan yang dilontarkan oleh tokoh Islam ini terhadap niqab seperti mengatakan kita mesti patuh kepada undang-undang negara yang kita diami, niqab adalah adat lama orang Arab, niqab ini adalah perkara khilafiah yang perlu mengikut suasana semasa untuk memakainya atau tidak dan sebagainya lagi. Sebagai Muslim, kita tidak sepatutnya membincangkan persoalan niqab dari perspektif yang dikehendaki Barat seperti sama ada ia sesuai dengan zaman atau tidak, mendiskriminasi wanita atau tidak, boleh menjejaskan keselamatan atau seumpamanya. Dalam memutuskan cara seseorang Muslimah berpakaian, kita hanya dituntut melihat kepada nas semata-mata, bukan yang lainnya. Insya Allah kali ini kami akan cuba menjelaskan perkara ini berdasarkan nas yang kuat yang kami (Hizbut Tahrir) pegang dalam masalah ini dan apakah reaksi yang sewajarnya kita ambil terhadap negara kuffar yang tidak habis-habis ingin memadamkan cahaya Allah ini.

Purdah, Wajibkah?

Sebahagian dari kaum Muslimin mengatakan bahawa purdah (niqab) adalah suatu kewajiban (fardhu) berdasarkan tuntutan dari firman Allah SWT,

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir.” [TMQ al-Ahzab (33):53].

Menurut golongan yang mewajibkan niqab, ayat ini menunjukkan adanya qarinah (penunjukan) kewajiban menutup wajah dan tapak tangan ke atas seorang perempuan. Ini juga merupakan contoh dari perbuatan isteri-isteri Rasulullah SAW yang tidak memperlihatkan diri (wajah) ketika berhadapan dengan para sahabat. Maka kerana itu purdah adalah wajib menurut mereka. Di dalam kitabnya Nizamul Ijtima’ie Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani yang merupakan pendiri Hizbut Tahrir menjelaskan kekeliruan pendapat ini dengan tiga hujah utama.

Pertama; kedudukan wajah dan dua telapak tangan bagi wanita bukan merupakan aurat. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT,

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya” [TMQ an-Nur (24):31].

Apa yang di maksudkan dengan “janganlah mereka menampakkan perhiasannya” adalah “janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan.” Selanjutnya, maksud “kecuali yang (biasa) tampak darinya” adalah anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah. Ibnu Jarir Ath-Thabari juga menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur’an Juz XVIII ms 84, mengenai perkara di atas. Jadi, “apa yang biasa tampak darinya” adalah bermaksud wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa tampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi SAW sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua-dua anggota tubuh ini pula juga yang tampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat serta biasa tergambar di masa Rasulullah SAW iaitu di waktu masih turunnya ayat-ayat Al-Qur’an.

Kedua; dalil ini (Al-Ahzab:53) tidak sewajarnya digunakan dalam membincangkan hukum Muslimah menutup wajah. Ini adalah kerana dalil tersebut hanya ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah SAW secara khusus. Di dalam Al-Quran, memang terdapat beberapa ayat yang menyentuh hukum-hukum khusus berkaitan kehidupan rumah tangga Rasulullah dan para isteri baginda, salah satunya ialah ayat tersebut yang mengandungi frasa “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” Ayat ini menerangkan bahawa isteri-isteri Rasulullah SAW diperintahkan untuk menjalankan apa yang diperintah kepada mereka (tetap di rumah mereka) agar mereka dibersihkan daripada kotoran dan disucikan, kerana mereka adalah termasuk ahlul bait (keluarga) Rasulullah.

Inti ayat-ayat yang disebutkan di atas secara jelas ditujukan khusus kepada isteri-isteri Rasulullah SAW sepertimana yang tercantum dalam ayat itu sendiri yang berbunyi, “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama dengan wanita-wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Ketiga-tiga ayat dalam surah al-Ahzab (ayat 32, 33 dan 53) dengan jelas ditujukan khusus kepada isteri-isteri Rasulullah dan tidak ada qarinah di dalamnya yang mewajibkan hal yang sama ke atas para Muslimah selain mereka.

Ketiga; di dalam perbahasan kewajiban menutup wajah ini, ia tidak termasuk di dalam kaedah “al-Ibratu bi umumil lafzi laa bi khushushil sabab” (jatuhnya hukum ditentukan oleh umumnya lafaz, bukan oleh khususnya sebab). Ini kerana, di dalam konteks perbahasan ini, hukum tersebut turun sebagai nas khusus untuk orang-orang tertentu dan bukannya turun kerana sesuatu ‘peristiwa’ seperti kebiasaan di dalam ayat-ayat Al-Quran yang dikaitkan dengan peristiwa asbabun nuzul.

Hizbut Tahrir memandang bahawa pendapat yang mengatakan bahawa hijab (purdah) adalah diwajibkan terhadap wanita dan mereka wajib mengenakannya untuk menutup keseluruhan wajah mereka kecuali matanya, adalah pendapat yang Islami. Dan pendapat yang mengatakan bahawa hijab (purdah) adalah tidak diwajibkan ke atas wanita secara mutlak kerana wajah dan kedua telapak tangannya bukanlah aurat, juga merupakan pendapat yang Islami. Namun pendapat yang rajih (kuat) yang dipegang oleh Hizbut Tahrir dalam hal ini adalah hukum memakai niqab ke atas Muslimah adalah mubah (harus). Namun dalam hal ini kita tidak boleh memaksa orang lain mengikuti pendapat kita selama mana mereka meyakini bahawa pendapatnya benar. Tugas kita adalah menerangkan nas-nas dan pendapat yang terkuat mengenainya dan bukannya memaksa seseorang membuka niqab mereka [Sila baca penjelasan yang panjang lebar dan menyeluruh di dalam kitab Nizamul Ijtima’ie Fil Islam].

Walaupun wujudnya perselisihan di kalangan ulama dalam hal ini, namun kaum Muslimin tidak seharusnya bersepakat dan bersetuju dengan suara atau usaha puak kuffar untuk mengharamkan purdah. Mengharamkan suatu yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu kemaksiatan dan perbuatan fahsya’ (keji) di sisi Allah. Oleh itu, umat Islam hendaklah tidak terjebak sehingga boleh bersetuju dengan puak kuffar di dalam usaha mereka untuk mengharamkan apa yang Allah telah halalkan.

Kebebasan Peribadi, Maruah Wanita dan Double-Standard Barat

Jika kita meneliti kata-kata Sarkozy, “purdah bertentangan dengan harga diri wanita” dan Cope, salah seorang calon pengganti Sarkozy berhaluan kanan yang berkata, “Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita”, sungguh kita merasa pelik dengan kedua-dua kenyataan ini! Apakah layanan dan harga diri seseorang wanita itu dikatakan tinggi dengan membenarkannya telanjang di khalayak ramai, sebagaimana yang berlaku di Perancis dan lain-lain negara Barat? Siapapun yang ada mata telah dan sedang menyaksikan keruntuhan moral masyarakat Barat yang begitu dahsyat. Statistik mengenai perkara ini tersiar dan dapat disaksikan di seluruh dunia. Angka perkahwinan sah (legal marriage) di Barat semakin menurun yang membawa erti bahawa masyarakat lebih cenderung melakukan hubungan seks di luar nikah dan ini bukan merupakan hal yang baru. American Newsweek edisi Januari 2003 menyatakan, “lebih dari separuh anak yang dilahirkan di Sweden dimiliki oleh pasangan yang tidak pernah berkahwin”.

Di Perancis dan Britain pula, angka ini menjangkau 30%. Manakala di Amerika, tingkat kehamilan di luar perkahwinan lebih dari dua kali ganda berbanding negara-negara Barat lainnya. Berdasarkan laporan dari News And World Report, lebih dari sejuta anak gadis Amerika yang mengandung dan 75% adalah tanpa nikah. Dari jumlah tersebut, 80% adalah ibu-ibu muda yang miskin dan memerlukan bantuan dari pihak pemerintah. Pusat penelitian ini juga mendapati bahawa ketika ini, setiap dua orang anak yang lahir di Amerika, satu darinya adalah anak hasil hubungan zina. Itu belum termasuk jumlah anak (kandungan) yang digugurkan.

Meningkatnya keruntuhan moral di Barat diiringi pula dengan meningkatnya kes kekerasan seksual seperti kes-kes rogol. Di Amerika sahaja, setiap tahun lebih dari 700 ribu wanita telah dirogol. Lembaga penelitian RAINN dalam laporannya menyatakan, “Dari setiap enam orang wanita di Barat, seorang darinya adalah mangsa rogol”. Lembaga ini juga menyingkapkan realiti yang lebih pahit, iaitu bahawa 40% dari pemerkosaan tersebut dilakukan di dalam rumah dan sebahagian besarnya dilakukan oleh ahli keluarga terdekat, 20% di kawasan kejiranan, rakan atau saudara, dan 25% lagi di lokasi umum. Dan kesemua angka-angka kebejatan akhlak dan jenayah terhadap wanita ini semakin meningkat saban tahun. Inikah ketinggian taraf dan layanan hebat yang yang dikehendaki dan diberikan oleh kuffar Barat terhadap wanita? Pemimpin Barat begitu berbangga dengan kebebasan peribadi (personal freedom) yang dijunjung mereka dan mereka menyatakan bahawa mereka telah ‘memuliakan’ wanita dengan kebebasan ini. Nah! Data-data di atas memperlihatkan hasil ‘kemuliaan’ yang telah mereka berikan ke atas wanita selama ini!

Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, pemimpin Barat ini kononnya begitu menghormati kebebasan peribadi ke atas setiap orang sehingga seseorang wanita itu dibenarkan berpakaian dengan cara mana sekalipun mahupun langsung tidak berpakaian di khalayak ramai, selama mana seseorang itu tidak menganggu kebebasan orang lain. Namun apabila wanita-wanita Islam ingin memakai purdah yang juga langsung tidak pernah mengganggu orang lain, tiba-tiba hal ini ingin diharamkan oleh mereka! Inilah bukti hipokrasi dan double standard Barat serta kebencian mereka kepada Islam! Mereka boleh membenarkan sisters dan nun (paderi perempuan) untuk memakai tudung dan jubah mengikut agama mereka, namun apabila seorang perempuan Islam ingin mengenakan tudung dan jubah mengikut agama Islam, kuffar Barat ini terus ingin menghalang, mempersoalkannya dan berusaha mengharamkannya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah banyak kali Perancis menyatakan dengan jelas kebiadapan mereka terhadap hukum Islam, namun nampaknya para pemimpin umat Islam terus berdiam diri, malah ada yang menyokongnya! !! Sebagai sebuah parti politik Islam, memanglah Hizbut Tahrir tidak mempunyai kekuatan sebagai sebuah negara untuk melawan kebiadaban Barat ini, namun Hizbut Tahrir telah mengingatkan kerajaan Perancis bahawa suatu ketika dahulu pemimpin negara mereka pernah diselamatkan oleh Khalifah dari tawanan musuh mereka. Sekitar 500 tahun dahulu (abad ke-16), kita (umat Islam) telah memberikan layanan yang baik kepada Perancis dan Perancis mengembalikan layanan yang sama. Kita cuba menaruh harapan bahawa Perancis hari ini mengambil pendekatan yang pernah diambilnya dahulu. Hizbut Tahrir telah pun menghantar surat kepada kerajaan Perancis mengingatkan mereka akan peristiwa penangkapan raja mereka, Francis I di dalam peperangan Pavia pada tahun 1525. Ketika itu, Perancis benar-benar merasa terhina dengan penawanan raja mereka dan tentera mereka telah gagal membebaskan raja mereka dari tawanan. Mereka lalu meminta pertolongan dari Daulah Khilafah (Uthmaniyah) di mana seorang utusan telah dihantar bagi pihak raja Perancis untuk menemui Khalifah pada 6 Disember 1525. Utusan tersebut telah menemui Khalifah Sulaiman al-Qanuni dan sang Khalifah telah menyahut permohonan utusan tadi.

Khalifah yang hebat itu menulis surat kepada raja Perancis yang berbunyi, “Kami telah menerima surat yang diberikan oleh utusan kamu di mana kamu menyatakan bahawa musuh kamu telah menyerang negara kamu dan kamu telah ditawan dan meminta pertolongan kami untuk membebaskan kamu dari tawanan. Kami dengan ini menerima permohonan kamu dan bersukacitalah dan jangan bimbang”. Daulah Khilafah lalu menggunakan pengaruhnya di peringkat internasional dan mengerahkan kekuatan tentera untuk menyelamatkan raja Perancis. Khalifah Sulaiman telah menyelamatkan Perancis tanpa apa-apa bayaran dan tanpa meminta mana-mana tanah di Perancis sedikit pun sebagai imbalan. Sang Khalifah telah melakukannya sebagai satu tindakan persahabatan. Malah Perjanjian Constantinople yang ditandatangani pada tahun 1536 di antara Khalifah Sulaiman dan raja Perancis, telah memberikan Perancis konsesi di dalam Daulah Islam yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana negara sebelum itu. Kami (Hizbut Tahrir) telah pun mengingatkan Perancis agar mereka ingat dan hayati kembali akan kebaikan yang telah diberikan oleh Daulah Khilafah kepada mereka suatu ketika dahulu, dan dengan itu mereka menghentikan usaha jahat mereka untuk mengharamkan niqab ke atas Muslimah-Muslimah kita di negaranya. Kita tunggu dan lihat apakah reaksi mereka seterusnya. Jika mereka tetap berdegil ingin memaksakan hukum kufur mereka ke atas umat Islam, maka Insya Allah bila Daulah Khilafah kembali berdiri dalam waktu terdekat nanti, maka mereka akan pasti merasakan kekesalan yang tidak berkesudahan.

Wallahu a’lam


Sumber : MyKhilafah

UNTUK MAKLUMAN ANDA, ARTIKEL INI SAYA COPY DARI WEBSITE RASMI HIZBUT TAHRIR MALAYSIA(HTM) .
ARTIKEL INI JUGA ADALAH SOFTCOPY UTK RISALAH MINGGUAN HTM YG DIEDARKAN DI SELURUH MALAYSIA PADA 2 APRIL 2010.
read more...

Bersyukur???





Sedih dan insaf bila menyaksikan semua ini.
Betapa bertuahnya bumi Malaysia, yang kebanyakan rakyatnya cukup makan, dan tidak perlu risau tentang semua ni. Tapi, kenapa ada lagi manusia yang tidak mahu bersyukur dengan anugerah yang diberi oleh Allah?

Sedih hati ini melihat ada lagi insan yang tidak makan, ada kanak-kanak yang terseksa dan tidak dapat menjalani hidup dengan sempurna seperti insan lain di muka bumi ini...baru aku sedar, kehidupan adalah satu keperluan dan kebahagiaan adalah satu sandaran...adakah boleh aku tanya pada Allah, kenapa aku tak bahagia, sedangkan ada lagi insan yang lebih sengsara di sana...aku lah insan yang tidak bersyukur...yang hanya mengharap bahagia, tapi...selepas ini, aku hanya mengharapkan sengsara...
read more...

Sunday, April 4, 2010

Coretan di kala pagi...

Kisah ini tidak ada kena mengena langsung ngan korang sumer, so ini kisah aku k.
Memalam tadi, aku tido pukul 4 pagi. Uihhh...susah jugak nak bebangun pepagi ni, bukak lah e-mail, tertengok ada budak seko ni tak habis-habis nak tension ngan aku, erm, salah aku gak, lain kali jangan campur urusan hidup owang lain.huhu...itu satu peringatan bagi aku. Itu satu cerita...ada satu lagi...

Memalam tadi jugak, ada makhluk apa entah seko ni, nak panggil manusia kan, tak de kepala otak, so, aku panggil makhluk je lah ye...ada lak kes cemburu...aku ter"tag" nama dia dalam facebook, bukan sengaja pun, dengan penuh sopan santun dan poenuh keyakinan, dia boleh cakap kat aku " sial ko betino" ah, lebih kurang macam tu lah katonye. Wes, selidik dulu sebelum cakap tu, dah tuo bangko kan, takkan tu pun nak cemburu, aku pun tak kenal mamat dan minah tu sape...may be terlepas dari hutan amazon kot...maybe..huhu

Tapi, tak pe aku tak kisah pun, biarlah diorang bergaduh,huhu...kan benda yang tak disengajakan, so tak payah lah nak kecoh-kecoh kalau ekau orang bijak pandai macam sang kancil. Kebanganngan aku terselah semalam, bila aku buat status kat e-mail aku.." ye, aku memamg sial"...ramai gak yang suruh ubah, dan ramai gak yang bagi khutbah malam isnin kat aku. maybe aku ni dah insaf sikit kot...a little2 bittt...huhu

Selasa ni exam. dan aku masih keawan-awangan bagai hidup dalam dunia " final fantasy" je...bila aku baca je buku, aku rasa malas tambah lagi mengantuk. Uik, macam mana nak apply benda alah tu lau aku terusan macam ni, bila aku nak maju ni???
erm, aku ni macam ni lah, lau dah terkena batang idung sendiri, memamg aku susah nak bangkit dan terlalu mudak kecundang...uik...kecundang ke?huhu

Erm, mulai hari ni, malas dah aku nak fikir pasal benda yang berkaitan dengan hati nurani. Aku nak hidup dengan cara aku...so, tak de lah berserabut ngan orang lain. Betul, jiwa aku macam meracau-racau bila dikonkong, coz aku dah biasa bebas buat apa yang aku nak, tapi bukan bebas buat pilihan, sebab tu hal mak dan ayah aku...so, aku kenalah akur, jahat-jahat aku pun, takkan lah aku nak bantah cakap diorang lak. Erm, tapi, aku memang konpius..konpius yang belum berakhir.

Tapi, tak pe lah, aku nak study je, malas nak fikir lagi. Juji cakap, " fafa, lau ko nak uat benda pelik-pelik, ko tunggu aku balik kampung" okay...aku tunggu ko, pastu aku bercadang nak memelik je sepanjang masa..ok, tu je citer aku, pada pagi yang hening lagi berpuaka ni...okay, da..,.da...
read more...

Hari ini hari yang memenatkan( sebuah puisi)

Hari ini hari yang memenatkan...
Sedang lena aku diulit mimpi...
di buai indah dalam nikmatnya tidur...
di siling lusuh..kipas ligat berpusing laju sekali...
hari ini hari yang memenatkan...
aku terjaga...
lalu bangkit...terlanjur aku...
menyaksi timbunan assignment di meja tulis...
terkapai-kapai mereka memanggil dan memekik namaku...
hari ini hari yang memenatkan...
matahari merah di ufuk timur..
memancar sudah...
aku terus bangkit...assignment...assignment...
memekik melolong memanggil -manggil namaku yang indah ini...
oh...takkanku hiraukan...
pagi masih muda...
oh....akhirnya aku tewas di alam tidur...
errrrmmmmmmmmmmm.....( blh tahan jugak puisi aku ni...huhu)
read more...

i HATE u!

你知道,我真的很想念你。但是,你问你的朋友很容易找到你的女朋友...所以,你对我没有诚意。也许,会发生什么是上帝的意志...我从未见过一个人谁真正纯洁的不幸。而且我想告诉你另一个相同的,相同的!
read more...

Once upon a time...

Between love and parents. I had to choose one, and I had to choose the mother and father. I hope you understand. I know you feel sad or disappointed, but ... I do not have the power to oppose it. I am only a child must be obedient to those who gave birth to me.

Maybe love is not for u and for me. I did not see the lack of soul, because I do not want perfection, but I want happiness. Maybe happiness is not for me and I have to pleased. But, believe me ... I have never met a man like you, and it favors happiness while still embedded in my sound ... let God determine everything .. we should be pleased .. with Allah, and Allah is separate.
read more...

Biar aku begini!

read more...

Friday, April 2, 2010

Positif!

read more...

Ermmm:(

read more...

Broken heart:(

read more...

Kini kamu sudah benci....

read more...

Bila kesempurnaan yang manusia cari...

Malam ini,
mataku jaga kembali...
sukar lelap dalam gelapnya cahaya...
malam ini,
aku menangis...
sukar untuk berhenti kerana esok ada lagi...
aku sentiasa sepi...sendiri...
malam ini,
payah untuk aku merindu...
kerana dia mudah jatuh dalam dugaan cinta...
malam ini,
aku tahu dan aku mengerti
apa yang terjadi, adalah realiti
malam ini,
bila kamu pergi...
aku tunggu di sini
sendiri...
bersemadi cinta ini utuh didalam hati...
( buat kamu, insan istimewa)
read more...

Thursday, April 1, 2010

Kisah Benar… .Bacelahh Sampai Habisss… .

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.




Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli.

Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.

Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee.

Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah… Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri……………..muahahahahahahahhahaha… .isk isk isk… .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening… … . aku sindiri pun dah naik pening menterjemahkan semua nih……..boleh biol kepala otak kalau macam nieeee……… !!
read more...

buat ADAM..... dari HAWA

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

Petikan: Warkah Dakwah 1986
read more...

Wednesday, March 31, 2010

Bahagia? tak..aku tak bahagia...

Dah lama aku tak menukilkan kisah tentang isi hati aku dalam blog....sehingga satu kisah ni terjadi...
Aku tak tau apa niat dia yang sebenar...sama ada bergurau atau sebaliknya...sama ada dia dah mereng atau dah kehilangan neuron-neuron dalam otaknya...maybe tak kot...kot je lah...
Ah...malas nak fikir...lagipun, aku tak mau berharap semua itu akan jadi benar..kerana aku tau siapa aku dan aku kerana aku tahu...hidup aku...
Bukan semua orang boleh terima aku..bukan semua orang boleh mencintai aku dan bukan semua orang boleh sayang aku, seperti Allah, Nabi s.a.w dan ibu ayah sayang kat aku...kerana tidak mungkin aku akan dapat kasih sayang seperti itu lagi kat dunia ni.
Cinta, ah...aku sudah tak mau berharap manusia mencintai aku...dan aku tak berharap sesiapa panggil aku " sayang"...sedangkan mereka sendiri tak mengerti apa makna sebenarnya " sayang"...jarang ada manusia yang mengerti..cuma tau panggil je..SAYANG..ah...tak kisah aku...serius!
Dalam hati siapa lah tau...kan?manusia banyak yang hipokrit...kan?
Aku tidak mahu kesempurnaan...kerana bukan semua manusia yang sempurna..walaupun cantik, hensem, kaya, jelita...tapi, mereka takkan sempurna...itu kuasa Tuhan...manusia memang diciptakan tak sempurna....
Aku hanya mahukan kebahagiaan....kerana, tanpa bahagia...kite akan dirundum kepiluan je...duit tak menjamin kebahagiaan..tapi, kalau tak de duit, tak blh beli makanan lak..tak pe lah..puasa..eh, mana boleh..nanti makin kurus lak..tak pun nanti mati kebuluran...
cantik..ada orang bahagia lau dia lah wanita atau lelaki terhensem kat dunia ni...ada...sampai nak hina-hina orang..ye lah..dia kan perfect dari hujung kaki sampai hujung rambut...ah..tak kuasa layan manusia "goblok" macam tu....( kalau layan orang bodoh, sampai kita jadi bodoh)...
Tapi, aku tak pandang kecantikan, kehenseman, kekayaan...kedudukan...tapi aku pandang hatinya..tu je...aku mahu keikhlasan, kejujuran...bukan kegoblokan...itu aku..apa orang nak cakap...suka ati ko...cakap pasal bahagia...adakah aku bahagia...
aku bahagia bila aku masih ada mak dan ayah..kalau mereka dah tiada., aku mungkin dah tak de tempat bergantung...
laaa..nape cakap macam tu?
Hanya Allah dan aku je tau.....
read more...

Saturday, March 13, 2010

Seksanya neraka......

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahu."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."

Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."

Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: "Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."

Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (kaldai).

Qatadah berkata: "Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: "Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: "Apakah yang mereka minta?". Jawab Jibril: "Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar kaldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t. selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.

Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.

Seorang pejungga berkata: "Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selma kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya."

Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diputi dengan kesukaran-kesukaran.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorangpun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya."

Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: "Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau'iduhum ajma'in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepantat, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."

Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s.w.t., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a.w mengucapkan: "Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?" Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?" Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah s.a.w.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah s.a.w."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: "Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah, ya Rasulullah." Sedang Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." Fatimah bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai." Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?"

Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setalh melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummat Nabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksit dari ummat Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah s.w.t. bertanya lagi: "Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t. berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."

Allah s.w.t. berfirman: "Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."

read more...

Teman sejati...?

Brothers

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
read more...

Friday, March 12, 2010

Sukar untuk menjadi wanita muslimah kan?

read more...

aku mahu syahid!






read more...

Bidadari syurga...

Wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga?...ermmm... Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

read more...

Wednesday, March 10, 2010

Don't be sad...

Buku ni memang bagus...aku dah baca dah...aku pinjam buku ni, sebab masa tu aku berada dalam keadaan yang berdukacita...dalam buku ni berbagai intipati yang ada seterusnya boleh memotivasikan diri. Tambahan pula, banyak kata-kata hikmah yang turut diselitkan penulis yang membuatkan aku berfikir tentang maksud tersirat berdasarkan kata-kata tu. Sememangnya, buku motivasi ni sesuai sangat untuk dibaca pada semua peringkat umur sama ada golongan muda-mudi mahupun golongan tua. Diantara kata-kata yang aku paling suka dalam buku ni ialah, " Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata maka anda akan menguasai keadaan , tidak akan terusik dengan kebencian , dan tidak merasa terancam dengan kekejian"...renungkanlah...
read more...

Monday, March 8, 2010

Kenapa aku tak bahagia?

Susahnya nak bahagia kan? bila je nak bahagia, mesti kebahagiaan tu bukan untuk kita. Erm, contohnya, bila aku suka kat laki tu, dia mesti tak suka aku, erm,...cemburu lak tengok kawan-kawan ada teman...sedangkan aku, sentiasa keseorangan...erm, mungkin takde sape yang sudi dgn aku, coz aku ni banyak sangat kekurangan...aku sedar siapa diri aku dan aku mesti kena sedar...lau tak aku akan digelar manusia yang tak sedar diri...erm..mungkin ni dah nasib aku...aku redha...apalah daya aku...mungkin takdir aku adalah untuk sendiri dalam dunia ni dan mungkin aku ditakdirkan untuk tidak bahagia, biarlah kawan - kawan aku bahagia dengan kekasihnya...walaupun aku sedih jugak..tapi nak uat macam mana...biarlah...aku redha..dan jgnlah ada laki yang nak kat aku ni...aku ni tak sempurna..banyak sangat kekurangan dari segi fizikal mahupun mental...biarlah aku sendiri...biar sepi yang temankan aku...nak uat macam mana...sabar je lah...dan aku kena sedar diri...aku kena sedar, aku ni sape!
read more...

Sunday, March 7, 2010

Biarkan dia bahagia...

cinta itu adalah anugerah...dan aku..ermmmm........

Cinta adalah sesuatu yang amat menyeksakan...
kerana cinta, aku menjadi sengsara dalam melupakannya
terperangkap dalam cinta, umpama terjatuh dalam lembah hitam yang dalam...
Biarkanlah dia bahagia bersama wanita yang dicintainya...
biarkanlah aku sengsara bersama air mata yang sentiasa menemaniku...
Mungkin aku silap...kerana aku tidak menghargai cinta..
Mungkin aku silap...kerana aku mencintai lelaki yang tidak pernah mencintai aku...
aku sedar, aku bukan terbaik...
dan aku juga sedar, aku bukan sempurna...
dan aku tahu, idaman lelaki adalah wanita yang sempurna...
dan aku lebih tahu...aku ini bukan sesiapa...
jika aku bisa menyintai..mesti aku juga bisa merindu..
bagaimana aku harus melupakan kerinduanku itu...
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan lurusMu...
Ya Allah..jika dia bukan untukku, aku redha...
Sesungguhnya Engkau lebih tahu, siapa aku dan siapa untukku...
read more...

Saturday, March 6, 2010

erm...makanan kegemaranku...

kerang rebus...kalau satu periuk besar makan sengsorang pun...habis kut..huhu..aku memang suka...lau balik kampung, ayah mesti akan beli kerang untuk sambut anaknya ni..huhu
ni pulak ayam masak merah...memang aku jatuh cinta dengan ayam ni...kalau mak aku masak..huhu...aku konpom, aku akan merana kerana cintanya..sedap woooo.....
read more...

Friday, March 5, 2010

Aku suka bunga...

sukanyer kat bunga ros..bila lah ada laki nak hadiahkan aku bunga2 ni..uhhh...cedih sudah...
Bila tengok bunga matahari, teringat lak kat lagu agnes monica..cedih je lagu tu...huhu
ni bunga orkid pujaan hatiku...

aku suka bunga ni, sebab dia bau wangi sangat..tapi, lau malam-malan jangan tegur tau...huhu...takut...
kalau bunga ni..bau busuk..nama dia bunga tahi ayam..walaupun busuk pun aku suka sebab warna dia..aku lambangkan bungan ni macam seorang perempuan yang cantik tapi, perangai tak senonoh...erm...tapi, insyaAllah..bukan aku..huhu...
read more...

Kenapa aku tulis blog?

Assalamulaikum...
Erm., nape aku tulis blog? macam tak de makna je..tapi, aku tetap nak tulis blog, sebab aku rasa, itu penting. Dalam hidup aku, tak de ayat " ah..benda remeh je tu"..aku benci ayat tu..bagi aku semua benda, adalah penting...dan ia mesti diutamakan. Sebenarnya, ini adalah kali yang ke berapa entah aku create blog, tapi...semua aku dah deleted semuanya...lau aku simpan pun nak uat pe,.bukan ada pa pe pun..erm...aku harap, blog ni akan berkekalan..hingga ke anak cucu dan cicit aku..insyaAllah...
read more...